Header Ads

Ais Krim Durian Homemade Yang Ohsem! Lebur Semua Dalam Blender, Siap!


Bila tiba musim durian sudah pasti bermacam gaya dan ragam rakyat Malaysia menikmatinya. Ada yang makan begitu sahaja, ada yang makan dengan pulut, ada juga yang buat bubur durian dan macam-macam lagi.

Jika anda perasan bila tiba musim durian cuaca pun agak terik. Oleh sebab itu, jika kita terlampau banyak makan durian akan memberikan kesan tak elok pada badan. Seperti contoh demam, batuk, badan panas dan macam-macam lagi.

Jadi, apa kata jom nikmati ais krim durian homemade ni. Insyalah sejuk sikit badan tu bila dapat makan ais krim kan? Bila buat homemade ni nak makan banyak-banyak pun boleh. Di kedai satu scoop pun harganya mencecah RM8.

Sedapnya ais krim durian


Ikuti resipi ais krim durian homemade hasil perkongsian Syu Islamiah yang muda ini.


Bahan-bahan:



1 cawan isi durian
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
1 sudu besar ovalette (pastikan yg halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
Sedikit pewarna kuning


Cara-cara membuatnya:


1. Blend semuanya hingga hancur dan sebati. Putar menggunakan mixer



2. Putar pakai mixer untuk kembangkan bagi bertambah isinya. Muat masuk dalam bekas ice cream 1.5L ni.
3. Masukkan dalam peti beku.

Inilah hasilnya



Selamat mencuba

No comments

Powered by Blogger.