Header Ads

Comelnya! Apam Persis Aiskrim Cornetto Sudah Tular! Kena Cuba Ya..





Jika baru-baru ini viral tentang apam yang dihasilkan dengan 3 bahan sahaja. Kali ini apa kata kita cuba pula apam yang seakan-akan aiskrim Cornetto. 

Apam ini berbentuk kon dan mempunyai lapisan berwarna-warni serta terdapat juga lapisan coklat  di atasnya. Memang persis aiskrim Cornetto.

Apam ini amat sesuai dinikmati ketika minum petang ataupun sarapan pagi. Anak-anak dan keluarga pasti suka dengan warnanya yang cantik dan rasanya juga enak.

Berikut resepi yang dikongsi oleh Na Lee untuk rujukan anda semua.

Resipi Apam Cornetto

Bahan-bahan

4 biji telur gred A
1 sudu ovelete
1 cawan gula halus (gunakan cawan matrik)
Sedikit Essen vanila
3 cawan tepung gandum (diayak)
3/4 cawan air aiskrim soda
Pewarna ikut suka
Coklat masakan



Cara memasak

1.  Putar bahan-bahan seperti telur, ovelete, gula dan essen vanila sehingga gebu dan likat.

2.  Masukkan tepung gandum berselang seli dengan aiskrim soda.

3. Kemudian bahagikan 3 bahagian dan letak warna kegemaran anda.

4. Masukkan ke dalam piping bag & paipkan ke dalam acuan kon. Paipkan warna satu persatu. Lebih kurang 3/4 kon sahaja sebab nanti lepas masak apam akan naik. 

5. Kemudian kukus dengan api sederhana selama 15 minit hingga 20minit (pastikan pengukus dipanaskan terlebih dahulu).

6. Sementara itu panaskan coklat masakan menggunakan kaedah double boil. Kemudian curahkan coklat masakan di atas apam yang telah masak dan taburkan gula warna/kekacang.


Mudah sahaja kan caranya? Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.